Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Jengka 23 pada asalnya dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti Felda Jengka 23 yang ditubuhkan pada tahun 2010.
Permulaan penubuhan Pusat Jalurlebar Komuniti ini telah menggunakan bangunan Belia Felda Jengka 23, dimana bangunan belia ini telah diubahsuai menjadi Pusat Jalur Lebar Komuniti.
Pada akhir tahun 2015 pula, Pusat Internet Malaysia telah dibina secara keseluruhan diatas tapak bangunan belia bagi menggantikan bangunan sedia ada yang telah usang dengan menempatkan peralatan yang canggih dan kelengkapan yang lebih selesa.
Pusat Internet Malaysia ini terletak di antara Pejabat JKKR Felda Jengka 23, Pejabat Felda Jengka 23 dan Pejabat Koperasi Ikatan Setia.