*Tele-Konsultasi di NADI: Nasihat Doktor di Hujung Jari Anda!*
Tiada masa untuk ke klinik? Tiada pengangkutan? Perkhidmatan Tele-konsultasi adalah penyelesaian mudah dan pantas untuk mendapatkan nasihat perubatan yang anda perlukan, terus dari NADI.
*Siapa yang Sesuai Menggunakan Perkhidmatan Tele-konsultasi?*
Perkhidmatan ini amat sesuai untuk anda yang:
1) Memerlukan pemeriksaan susulan selepas saringan kesihatan.
2) Mendapat keputusan saringan yang tinggi atau tidak normal dan memerlukan penjelasan lanjut.
3) Keliru dengan laporan ujian darah, imbasan (scan), atau ubat-ubatan yang sedang diambil dan perlukan penerangan yang lebih jelas.
4) Memerlukan nasihat perubatan untuk masalah kesihatan bukan kecemasan.
5) Memerlukan surat rujukan untuk isu kesihatan anda.
Jangan tangguh, jaga kesihatan anda bersama NADI!
Hubungi petugas NADI Felda Jengka 23 sekarang untuk membuat temujanji!
